Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting senggara kipas siling

Jul 27, 2019 | 05:30 AM



PENYENGGARAAN kipas siling di rumah adalah amat penting.



Selain daripada memanjangkan jangka hayat kipas tersebut, penyenggaraan kipas siling dapat membantu mengelak potensi bahaya akibat kipas yang rosak.



Walaupun kipas siling sepatutnya beroperasi untuk bertahun lamanya, ia juga memerlukan penyenggaraan bagi memastikan ia dapat beroperasi dengan baik dan selamat.



Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda lakukan untuk kipas siling anda oleh Bright House Lighting Pte Ltd yang mempunyai pengalaman lebih daripada 22 tahun dan menyediakan pelbagai pembaharuan dan aneka aksesori menarik untuk kediaman anda seperti lampu LED yang menjimatkan elektrik yang kian mendapat sambutan hangat daripada pemilik rumah.




TIP SENGGARA KIPAS SILING OLEH BRIGHT HOUSE



1. Bersihkan Kipas

- Hendaklah dilakukan sekurang-kurang setahun sekali. Mula dengan bersihkan bilah dengan berus dan kemudian gunakan kain lembap yang telah dicelup dalam air sabun. Pastikan kipas siling sudah kering sebelum digunakan. Anda juga boleh bersihkan habuk di 'motor' kipas kerana ia akan kumpul lebih habuk dan jadi punca kipas siling anda beroperasi dengan pelan.



2. Pastikan kesemua skru telah diketatkan

- Anda boleh kesan skru longgar jika kipas ada mula bising atau bilah kipas mula goyang. . Gunakan pemutar skru untuk ketatkan semula skru.



3. Guna pelincir bagi kipas

- Sesetengah kipas siling perlu pelinciran berkala untuk beroperasi dengan lancar. Guna mana-mana minyak ringan (sama dengan minyak yang digunakan pada mesin jahit), untuk isi lubang minyak yang terletak di bahagian atas 'motor' kipas. Isi lubang ini dengan minyak hingga penuh dan lap dengan tisu atau kain.



4. Semak pengerakan

- Bahagian tengah kipas tidak seharusnya buat sebarang gerakan ketika kipas sedang beroperasi. Jika ia berlaku, kipas harus diseimbangkan kembali. Anda boleh gunakan kit keseimbangan kipas. Bilah yang rosak atau bengkok boleh jadi sebab kipas siling tidak seimbang. Anda juga boleh mengambil perkhidmatan rumah dan pembaikan dari Bright House. Layari laman brighthouse.sg bagi dapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >