Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting SG kembangkan sektor baru dalam ekonomi hijau

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang mengubah semula sektor utamanya agar menjadi lebih cekap karbon dan tenaga, menyokong pembiayaan hijau menerusi geran untuk pinjaman dan bon hijau serta mampan, dan mengembangkan sektor baru dalam ekonomi hijau, kata Presiden Halimah Yacob.



Dengan strategi ini, Singapura berharap perniagaan akan melihat kemampanan sebagai kelebihan daya saing utama dan mendatangkan peluang baru bagi pertumbuhan dan penciptaan pekerjaan.



Dalam ucapannya pada Sidang Puncak Pemimpin Perjanjian Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam, Puan Halimah berkata membantu syarikat dan pekerja beralih kepada ekonomi hijau akan menjadi kunci kepada bagaimana mereka sebagai pesaing besar dalam ekosistem, boleh memainkan peranan dalam mencapai Agenda 2030.



Menggariskan strategi, beliau berkata yang pertama adalah mengubah semula sektor utama menjadi lebih cekap karbon dan tenaga.



Puan Halimah menukil tentang usaha mengubah hab tenaga dan kimia Singapura, Jurong Island, menjadi taman pengilangan mampan menjelang 2030.



"Visi kami adalah agar Jurong Island menjadi model bagi penggunaan huraian kemampanan baru yang memperbaiki kecekapan dan mengurangkan pengeluaran," katanya.



Kedua, Singapura sebagai hab kewangan pula sedang menyokong pembiayaan hijau menerusi geran bagi pinjaman dan bon hijau serta mampan.



Ini, menurutnya, membolehkan syarikat melabur dalam projek dan aset hijau, dan menuju ke arah model perniagaan lebih mampan.



Ketiga, Singapura akan mengembangkan sektor baru dalam ekonomi hijau.



"Kami mahu menjadi hab perkhidmatan karbon yang terkemuka, dan pasaran untuk imbangan karbon bermutu tinggi.



"Kami juga akan mempertingkat pelaburan kami dalam penyelidikan, inovasi dan perusahaan dalam tahun-tahun mendatang, serta menyokong pembangunan dan pengkomersialan huraian inovatif dalam ruang seperti tenaga bersih dan boleh diperbaharui, ekonomi kitaran, dan hidrogen karbon yang rendah."



Menurut Puan Halimah, perlu untuk bertindak dengan segera supaya peralihan kepada masa depan lebih mampan dipercepat.



Singapura akan terus menyokong sepenuhnya usaha Perjanjian Global PBB serta pertubuhan tempatannya, Global Compact Network Singapore.



Bagi Singapura, negara kota yang mempunyai sumber semula jadi terhad, kemampanan sentiasa menjadi sebahagian penting perjalanan pembangunannya, kata Puan Halimah.



Dengan Pelan Hijau Singapura, ia akan memperkukuh daya tahan negara ini dan membawa peluang baru dalam ekonomi hijau, merentasi semua sektor termasuk prasarana, tenaga bersih serta penyelidikan dan inovasi.



Dalam suasana pandemik ini, terdapat peluang bagi memikirkan semula masa depan, dan membentuk laluan baru terhadap pertumbuhan yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.



Dengan lebih kesedaran tentang kepentingan pembangunan yang seimbang dan bersepadu, momentum global terhadap membina ekonomi mampan telah menjadi lebih cepat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kata Puan Halimah.



"Lebih banyak negara kini mengadakan daya usaha hijau dalam pelan pemulihan mereka setelah pandemik ini.



"Pemerintah sedang menjalankan usaha bersepadu bagi menyepadukan keutamaan sekitaran dan sosial ke dalam pelan ekonomi mereka, dan saya harap ini akan berterusan setelah pandemik ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >