Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penting terap nilai agama ketika anak masih kecil

Dec 10, 2020 | 05:30 AM



PENERAPAN nilai agama sejak usia kecil penting demi memastikan kanak-kanak mempunyai asas kukuh dalam mengharungi cabaran kehidupan masa depan.



Namun, pendekatan yang diambil dalam mengajar kanak-kanak perlu disesuaikan mengikut keperluan generasi tertentu.



Demikian ditekankan guru prasekolah di Andalus, Ustazah Nur Najihah Murdiyanto, dalam satu podcast #NoTapis terbitan Berita Harian.



"Sebelum mengajar praktikal (agama) kita perlu ajar nilai yang perlu wujud dalam diri mereka.



"Memang mereka mungkin terdedah dengan pelbagai elemen yang baik dan tak baik (dari luar), tapi disebabkan nilai mereka itu kukuh mereka tahu mana nak pilih," katanya.



Namun, beliau menekankan bahawa proses pembelajaran kanak-kanak sekarang berbeza berbanding zaman dahulu.



Teknik 'suruh, dengar, buat' tidak boleh menjadi pendekatan bagi kanak-kanak generasi kini, kerana mereka lebih bersifat ingin tahu dan banyak bertanya.



"Sekarang, apabila kita meminta murid melakukan sesuatu, guru perlu terangkan dan berbual dengan kanak-kanak supaya mereka tahu dan faham apa yang dilakukan," ujarnya.



Ustazah Najihah menambah sikap ingin tahu kanak-kanak mendorong keinginan mereka mahu meneroka dan mempelajari perkara baru.



Katanya, ibu bapa juga perlu terus menimba ilmu supaya mereka tahu cara menjawab soalan-soalan 'bonus' yang diajukan oleh anak-anak mereka.



"Adakah sesi perkongsian dengan anak-anak dengan semua anggota keluarga dapat berkumpul dan berbincang tentang apa sahaja.



"Sehubungan itu, ibu bapa juga perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu serta kemahiran," katanya.



Dengarkan podcast penuh dalam pelbagai wadah dalam talian, termasuk di Spotify, Google dan Apple.



Dibawakan oleh Andalus




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >