Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pentingnya adab semasa bersuara isu dekat di hati: Mufti

Dapat wujudkan ruang membina, positif dalam pelbagai isu serta fokus pada perbincangan; berbanding emosi yang mungkin timbul
Nov 08, 2021 | 05:30 AM



SEDANG kian ramai anak muda di dalam dan luar negara lebih giat menyuarakan dan memperjuang pelbagai isu yang dekat dengan hati mereka, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir menekankan pentingnya adab semasa bersuara tentang isu itu, lebih-lebih lagi di dalam talian.



Malah, beliau juga berkata orang ramai harus mengelak daripada perbincangan yang berdasarkan emosi, yang boleh menyebabkan bahaya kepada individu yang terlibat.



Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan bertema Adab Dalam Advokasi, sebagai sebahagian sesi pendekatan Muhasabah Masyarakat bersama Mufti (3M) di Muzium Tamadun Asia (ACM) semalam.



Menurut Dr Nazirudin, adab penting kerana ia dapat mewujudkan satu ruang yang membina dan positif, dengan mendengar pandangan dan perspektif berbeza dalam pelbagai isu serta fokus pada perbincangan itu berbanding emosi yang mungkin timbul.



"Kita mahu mewujudkan ruang ini supaya dapat bercakap dengan satu sama lain secara hormat, tetapi ia tidak bermakna bahawa kita mahu mengawal... dan memastikan orang ramai menapis pandangan mereka.



"Ada bezanya antara adab dengan mengemukakan pandangan anda secara hormat dengan menapis pandangan anda kerana anda fikir orang akan merasakan bahawa anda tidak beretika atau tidak beradab.



"Yang kita mahu galakkan... ialah untuk berfikir dan merenung. Ini yang akan menggalakkan kita untuk bercakap secara bebas mengenai pelbagai isu, tetapi dengan adab dan kesantunan yang membolehkan pihak lain untuk melihat dan mendengar dengan teliti apa yang dikatakan," ujarnya.



Menarik perhatian pentingnya usaha memupuk sifat saling percaya misalnya antara pemimpin dengan golongan yang memperjuang sesuatu isu, beliau berkata ini memerlukan komunikasi dua hala dan masa.



"Selagi pandangan dan perspektif yang dikongsi... ada hubungan dengan hala tuju, program atau keputusan oleh pemimpin, ia boleh membantu pemimpin ini untuk melihat... perspektif yang mereka mungkin terlepas atau pertimbangan penting yang tidak difikirkan sebelum ini.



"Saya rasa pandangan seperti itu harus dipertimbang oleh pemimpin... secara serius juga. Inilah yang saya maksudkan dengan pentingnya mendengar pandangan yang berbeza, termasuk pandangan kritikal, dan selagi ia dilakukan secara bertanggungjawab... kita mesti sedar bahawa bukan diri kita sahaja yang memiliki kebijaksanaan itu," ujarnya.



Perbincangan yang berlangsung secara hibrid itu dihadiri sekitar 30 belia secara fizikal dan lebih 2,000 peserta di dalam talian termasuk menerusi wadah media sosial SalamSG TV dan MuslimSG.



Sebelum sesi perbincangan bersama Mufti itu berlangsung, peserta yang hadir secara fizikal turut berbincang tentang pelbagai topik termasuk inklusiviti kaum dan agama, kesihatan mental, alam sekitar dan kemampanan serta jantina.



Antara peserta yang menyertai perbincangan itu, Encik Ahmad Muhsein Jasmani, 26 tahun, berkata beliau kini lebih sedar akan kemampuannya dan kemampuan yang dimiliki rakan sepasukannya.



"Saya rasa penting untuk menggembleng tenaga ini secara positif untuk mencetus perubahan positif dalam masyarakat," ujar pegawai pembangunan belia di Masjid Assyakirin itu.



Sementara itu, Encik Cho Ming Xiu, 34 tahun, yang hadir di acara tersebut sebagai pemudah cara, pula berkata adab adalah penting dalam kerja advokasi, khususnya yang dijalankan golongan muda.



"Peserta sesi ini menarik perhatian pentingnya adab dalam usaha mendekati pelbagai segmen masyarakat untuk mendengar dan memahami cabaran mereka... serta mengadakan lebih banyak perbincangan secara hormat," ujar pengasas badan tidak meraih keuntungan yang menggalak kesedaran tentang kesihatan mental bagi belia, Campus Psy, itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >