BAHAS BELANJAWAN 2017: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN

Pentingnya kerjasama industri bagi hasilkan kandungan siaran awam bermutu

KERJASAMA industri yang lebih padu diperlukan untuk menghasilkan lebih banyak kandungan penyiaran perkhidmatan awam (PSB) yang bermutu dan bersedia untuk masa hadapan, menurut Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan) Chee Hong Tat.

Salah satu inisiatif yang disebut oleh Encik Chee termasuk kerjasama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Singapore Press Holdings (SPH) untuk menghasil dan mengedarkan kandungan video digital pendek yang bertujuan melibatkan warga Singapura yang lebih muda.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan