Penuhi aspirasi golongan pertengahan untuk peningkatan pendapatan bermakna
Syor agar Belanjawan kali ini ambil kira kumpulan ini dari segi huluran bantuan agar mereka dapat capai mutu hidup lebih baik
Feb 15, 2015 | 05:30 AM
CIK Aishah Sharif dan Encik Mohamed Salleh mempunyai empat anak kecil berusia antara sebulan dengan enam tahun, dan membawa pulang pendapatan bersama sekitar $7,000 sebulan.
Meskipun tergolong dalam golongan berpendapatan pertengahan, Cik Aishah dan suami tetap rasa tersepit.