Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penularan pneumonia Wuhan: Kanak-kanak 3 tahun dari China sedang dirawat di hospital di sini, diasingkan daripada pesakit lain

Jan 04, 2020 | 09:00 PM



SEORANG kanak-kanak warga China berusia tiga tahun di sini yang disyaki menghidapi pneumonia dan pernah melawat Wuhan kini sedang menerima rawatan di hospital dan diasingkan daripada pesakit lain.



Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), mereka dimaklumkan tentang kes tersebut sehingga 2 petang tadi (4 Jan).



Jurucakap MOH berkata kanak-kanak itu pernah melawat Wuhan, China, tetapi tidak melawat pasar borong makanan laut Huanan di Wuhan yang dikaitkan dengan kelompok pneumonia yang puncanya tidak diketahui.



“(Kanak-kanak) itu telah dimasukkan ke hospital bagi penilaian dan rawatan lanjut serta diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga.



“Dia kini dalam keadaan stabil. Siasatan awal menunjukkan bahawa dia mengalami Respiratory Syncytial Virus, punca biasa bagi pneumonia yang dihidap kanak-kanak.



“Siasatan sedang dijalankan untuk mengesahkannya,” kata jurucakap itu.



Dalam pada itu, pihak berkuasa turut menjalankan pemeriksaan suhu badan pertama bagi penumpang penerbangan Scoot dari Wuhan di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pagi tadi.



Namun, pemeriksaan itu diadakan tanpa mengesan sebarang keadaan luar biasa.



Berkata demikian menerusi laman Facebook beliau, Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata pemerintah sedang memantau situasi penularan penyakit ‘pneumonia’ di Wuhan dengan dekat.



“Sejauh ini tiada bukti jangkitan dari manusia ke manusia, jadi ini mungkin penularan penyakit demam biasa.



“Namun selepas peristiwa wabak Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars) di sini pada 2003, kami tidak boleh berpeluk tubuh sahaja,” kata Encik Khaw.



Sars telah mengorbankan nyawa 774 mangsa di seluruh dunia termasuk 33 warga Singapura pada 2003.



Beliau turut mengingatkan orang ramai tentang langkah kesihatan awam.



Selain Scoot, Urumqi Airlines turut menawarkan penerbangan langsung antara Singapura dengan Wuhan.



Khamis lalu, MOH turut mengarahkan para doktor agar mengenal pasti mereka yang disyaki dijangkiti penyakit itu yang baru pulang dari China.



Menurut MOH, sebagai langkah berjaga-jaga pesakit yang menghidap demam atau radang paru-paru yang telah ke Wuhan sekurang-kurang 14 hari sebelum mengalami gejala penyakit mereka, akan diasingkan untuk mengelakkan jangkitan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >