Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penulis blog Amos Yee dikenakan lapan pertuduhan

May 26, 2016 | 12:10 PM



PENULIS blog Amos Yee kembali ke mahkamah pada Khamis (26 Mei), kali ini remaja 17 tahun itu menghadapi enam tuduhan berniat melukakan perasaan penganut Islam dan Kristian, dan dua pertuduhan gagal melaporkan diri di Divisyen Polis Jurong bagi siasatan.



Dia dituduh melakukan kesalahan-kesalahan itu antara November tahun lepas dan awal bulan ini.



Yee, yang tidak mempunyai peguam, memberitahu Hakim Daerah Ronald Gwee dia bercadang mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan.



Satu sidang sebelum perbicaraan telah ditetapkan pada Isnin ini.



Yee, yang berambut panjang paras bahu, diiringi ke mahkamah oleh ibunya, Cik Mary Toh, dan setiausaha agung Parti Pembaharuan, Encik Kenneth Jeyaretnam.



Dia dibebaskan dengan ikat jamin $5,000.



Selepas laporan polis dibuat berkaitan kenyataan dalam talian yang dibuatnya tahun lalu, polis dikatakana mengeluarkan notis pada Disember meminta Yee melaporkan diri untuk siasatan di Divisyen Polis Jurong.



Tetapi Yee dikatakan tidak berbuat demikian. Dia meninggalkan negara ini sejurus selepas itu dan kekal di luar negara hingga bulan lalu.



Apabila pulang, dia dikatakan diberi perintah Majistret agar melaporkan diri lagi di balai polis, tetapi tidak tetap berbuat demikian.



Yee ditangkap dua minggu lalu dan diikat jamin daripada tahanan polis oleh ibunya pada hari sama.



Hukuman maksimum bagi kesalahan sengaja menyakiti perasaan agama atau kaum seseorang ialah penjara tiga tahun dan denda.



Kesalahan gagal menghadirkan diri pada masa dan tempat tertentu selaras dengan notis atau perintah daripada seorang penjawat awam membawa hukuman penjara satu bulan dan denda $1,500.



Yee kali pertama menarik perhatian pihak berkuasa apabila dia memuat naik video penuh caci maki pada 27 Mac tahun lalu, empat hari selepas kematian Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew.



Dia kemudian memuat naik imej lucah di blognya.



Yee didapati bersalah pada 12 Mei tahun lalu dan dihukum penjara empat minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >