Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Setempat0

PROGRAM PENGEMBANGAN BAKAT PENULIS BH-NAC 'MENCARI KRISTAL'

Penulis 'Cinta Fitri' saran penulis serius berkarya

Jun 09, 2016 | 05:30 AM

PENULIS skrip sinetron terkenal dari Indonesia, Cik Henovia Rosalinda Caniago, tidak pernah mengikuti sekolah penulisan kreatif tetapi minat dan keazamannya sudah cukup untuk beliau menghasilkan lebih 1,500 skrip drama dan filem Indonesia.

Kerjaya Cik Henovia sebagai penulis bermula selepas beliau menukar haluan daripada bidang undang-undang kepada bidang penulisan skrip sekitar 14 tahun lalu, walaupun tidak mempunyai sebarang pendidikan atau latihan dalam bidang penulisan.

"Memang sejak dulu lagi saya minat mendalami adegan drama mahupun filem tetapi, pada masa itu, menjadi penulis merupakan angan-angan sahaja yang pada saya mustahil," katanya.

Namun, setelah didorong kakaknya, seorang pelakon di Indonesia, Helsi Herlinda, agar cuba menulis skrip, beliau akhirnya mengambil keputusan mendalami skrip drama yang diterima kakaknya semasa penggambaran bagi mempelajari selok-belok menulis skrip dan menghasilkan skrip beliau sendiri.

Percubaan pertamanya itu berjaya dan terus dijadikan sebuah produksi di Indonesia.

Berita Popular

"Ramai berfikir menulis itu hobi dan suka-suka sahaja, tetapi saya ingin menekankan sebenarnya ia sesuatu yang memerlukan minat. Ia juga boleh mendatangkan hasil," ujar ibu dua anak berusia dua tahun dan tujuh bulan itu.

Antara skrip drama serta filem Indonesia yang dihasilkannya termasuk sinetron popular Hafizah dan Cinta Fitri yang pernah ditayangkan di Suria; Rizky Anak Ajaib (filem televisyen); dan sinetron Anak Menteng (yang sedang ditayangkan di Indonesia).

Cik Henovia merupakan antara enam penulis tamu dari dalam dan luar negara yang akan berkongsi tip dan pengalaman mereka dalam bengkel penulisan yang diadakan sempena peraduan menulis cerpen Berita Harian (BH)-Majlis Seni Kebangsaan (NAC).

Dalam bengkel itu, beliau akan mengongsi 'tujuh tahap' dalam menghasilkan cerita atau skrip yang baik bagi layak ditayangkan di layar televisyen dan pengalaman peribadinya sebagai seorang penulis.

Ditemui kelmarin, Cik Henovia, 34 tahun, berkata tujuh tahap itu penting dalam proses penulisan cerita termasuk cerpen dan juga skrip, demi memastikan mutu penulisan dapat menembusi pasaran dan menarik perhatian ramai.

Menurutnya, ketujuh-tujuh tahap itu termasuk proses mengeluarkan idea (brainstorming), membentuk watak dalam cerita dan membentuk konflik cerita.

Bengkel program Mencari Kristal itu diadakan pada Sabtu, 3 September ini.

Menurutnya, beliau juga ingin mengetengahkan pengalamannya sendiri bahawa sesiapa sahaja mampu menjadi penulis tanpa mengambil kira latar belakang.

"Tidak usah khuatir jika belum ada daya menulis. Dengan kemahuan yang tinggi dan minat mendalam, sesiapa sahaja bisa membangun jiwa sebagai seorang penulis dan menghasilkan karya," katanya.

Bagi mereka yang berminat menyertai peraduan tersebut dan dipilih menyertai bengkel, tunggu apa lagi.

Hantarkan cerpen anda dengan tema 'debar cinta' melalui e-mel kepada mencarikristal@sph.com.sg selewat-lewatnya 22 Julai ini.

Butir lanjut di laman http://mencarikristal.sg.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map