Penulis Mr Kiasu kembali dengan buku baru
Jun 26, 2015 | 05:30 AM
SEBUAH buku yang menggambarkan kehidupan di Singapura pada 1960-an telah dilancarkan semalam oleh penulis James Suresh, yang paling dikenali sebagai pengarang bersama siri popular 'Mr Kiasu'.
Bertajuk Singapore in the 60s, atau Singapura pada 60-an, buku itu merupakan koleksi kisah dari zaman kanak-kanaknya.