Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang dengan masalah kesihatan berbeza boleh papar pelekat LTA untuk dapat tempat duduk dalam bas dan MRT

Oct 01, 2019 | 05:07 PM



PENUMPANG yang mengalami masalah kesihatan berbeza kini berpeluang untuk menaiki bas dan MRT dengan lebih mudah.


Mulai hari ini, mereka boleh mendapatkan pelekat dari semua stesen MRT, pusat pertukaran bas dan pejabat tiket TransitLink dan menggunakannya supaya penumpang lain tahu mereka mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan tempat duduk khas.


Pelekat tersebut merupakan sebahagian daripada percubaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menepati keperluan penumpang yang mengalami masalah kesihatan yang tidak mudah dilihat seperti sakit kronik, sakit jantung dan artritis.


Skim tersebut turut merangkumi mereka yang sedang beransur pulih selepas mengalami serangan angin ahmar atau kecederaan fizikal, mereka yang sedang menjalani rawatan barah, pengguna anggota badan prostetik dan wanita hamil yang masih dalam peringkat awal.


Penumpang-penumpang ini boleh membawa dokumen perubatan mereka atau surat doktor ke Pusat Maklumat Penumpang atau Pejabat Maklumat Penumpang sebagai bukti, jika mereka selesa melakukan demikian, menurut LTA hari ini.


Percubaan tersebut akan disemak pertengahan tahun depan.


“Penumpang telah menunjukkan keprihatinan mereka kepada warga emas dan juga wanita hamil yang menggunakan pengangkutan awam. Namun, terdapat sekumpulan penumpang lain yang mengalami masalah kesihatan yang lebih terselindung tetapi tetap memerlukan tempat duduk tersebut,” kata timbalan pengarah kumpulan pengangkutan awam LTA Cik Priscilla Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >