Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEMAKAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM

Penumpang dewasa bayar tambahan 9 sen bagi setiap perjalanan

Oct 09, 2019 | 05:30 AM



TAMBANG bas dan kereta api akan dinaikkan sebanyak tujuh peratus mulai 28 Disember ini, selepas semakan tahunan diluluskan Majlis Pengangkutan Awam (PTC).



Di bawah semakan itu, penumpang dewasa yang menggunakan kad tambang akan membayar tambahan sembilan sen bagi setiap perjalanan.



Bagaimanapun, kenaikan tambang konsesi pula dihadkan kepada empat sen setiap perjalanan. Tambang konsesi ini dinikmati dua juta penumpang yang termasuk pelajar, warga emas, pekerja berpendapatan rendah dan golongan kurang upaya.



Buat kali pertama juga, harga tambang kad konsesi akan ditawarkan kepada pelajar politeknik.



Sementara itu, penumpang dewasa yang membeli tiket perjalanan kereta api sehala, dan yang membayar tunai apabila menaiki bas perlu membayar tambang tambahan 20 sen bagi setiap perjalanan.



Semakan kenaikan tambang itu merupakan kenaikan tertinggi dari segi peratusan sejak tahun 1998 ekoran harga minyak dan tenaga kuasa yang semakin meningkat.



Ini diumumkan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dalam sidang akhbar semalam.



Menurut PTC, lebih 80,000 pelajar diploma akan meraih penjimatan sebanyak $1.54 bagi setiap perjalanan.



Pengerusi PTC, Encik Richard Magnus berkata: "Sistem pengangkutan bas dan rel semakin dipertingkat.



"Ia merupakan satu cabaran bagi syarikat-syarikat pengendali pengangkutan awam di negara lain untuk mengimbangi kadar pulangan dan kos pembiayaan mereka.



"Di Singapura, kami melaksanakan langkah yang telus dan objektif dengan menetapkan had kepada kenaikan tambang supaya kami dapat memastikan kenaikan itu berpatutan buat warga Singapura serta melestarikan operasi pengangkutan awam."



Beliau berkata hampir dua juta penumpang akan meraih manfaat daripada harga konsesi yang dicadangkan.



Ia adalah 35.4 peratus lebih tinggi berbanding bilangan penumpang pada 2013 ketika Jawatankuasa Mekanisme Semakan Tambang menjalankan kajian mengenai skim konsesi.



Menerusi Facebooknya, Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, berkata pemerintah cuba memastikan kenaikan tambang adalah serendah mungkin.



"Mujur, lebih separuh warga Singapura menerima diskaun ketara sehingga 70 peratus daripada tambang biasa.



"Ini termasuk pelajar, penumpang warga emas, dan penerima Workfare," katanya semalam.



Menurut kenyataaan media PTC, tambang perjalanan purata juga telah susut ekoran sistem pengangkutan rel yang semakin dipertingkat.



Sebagai contoh, tambang perjalanan antara Bukit Panjang dengan Bugis berharga $1.93 pada 2015 kerana seorang penumpang itu harus menukar laluan beberapa kali.



Namun, dengan adanya khidmat kereta api laluan Downtown, perjalanan itu hanya berharga $1.72 mulai 28 Disember ini.



Kenaikan tambang sebanyak tujuh peratus itu akan menyumbang kepada pendapatan berjumlah $132.5 juta.



Kenaikan pendapatan adalah sekitar $18.8 juta bagi SBS Transit Rail dan $40.2 juta bagi SMRT Trains. Kededua jumlah itu adalah bagi khidmat rel mereka.



Pendapatan tambang bas pula akan meningkat $73.5 juta.



Kenyataan Media PTC juga memaklumkan bahawa, demi memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan, syarikat SBS Transit akan menyumbang $1.88 juta, dan SMRT pula $2.01 juta kepada Dana Pengangkutan Awam.



Pemerintah akan memanfaatkan dana itu untuk menyediakan 450,000 Baucar Pengangkutan Awam (PTV) yang akan diberi bagi menampung kenaikan tambang bas dan MRT bagi keluarga berpendapatan rendah.



Pemerintah juga akan menaikkan nilai baucar sekali itu daripada $30 pada 2018 kepada $50 tahun ini.



Penumpang yang layak boleh memohon bagi baucar itu di Kelab Masyarakat mulai 11 November ini hingga 31 Oktober tahun depan.




SEKILAS PERUBAHAN



PERUBAHAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM



- Dewasa: Naik 9 sen



- Pemegang Kad konsesi: Naik 4 sen (Pelajar, warga tua, pekerja berpendapatan rendah dan golongan kurang berupaya)



- Harga kad konsesi bulanan bagi dewasa: Naik kepada $8



- Tambang tunai, tiket satu perjalanan: Naik 20 sen



- Harga konsesi pelajar akan beri manfaat 80,000 pelajar diploma dan mereka akan raih penjimatan $1.54 bagi setiap perjalanan



- Pelajar politeknik, pelajar diploma lain juga dapat meraih manfaat ini



BAUCAR PENGANGKUTAN AWAM (PTV)



- 450,000 PTV akan diberi kepada warga Singapura



- Setiap PTV bernilai $50 bantu golongan pendapatan rendah



- Tarikh pendaftaran mulai 11 November 2019 hingga 31 Oktober 2020



- Daftar di Kelab Masyarakat



KENAIKAN TAMBANG MULAI 28 DISEMBER 2019




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >