Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang kapal diuji negatif Covid-19 buat kali ketiga

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



LELAKI berusia 83 tahun yang pada mulanya diuji positif bagi Covid-19 di atas kapal persiaran Quantum of the Seas kelmarin kini disahkan tidak dijangkiti Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.



Mengumumkannya dalam satu kenyataan, MOH berkata Makmal Kesihatan Awam Nasional (NPHL) telah menjalankan ujian pengesahan terakhir bagi jangkitan virus ke atas lelaki itu menyusuli dua ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR).



"Sampel yang diambil daripada individu itu pagi ini (semalam) kembali negatif bagi virus tersebut. Ini menyusuli dua ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) yang dijalankan semalam (kelmarin) oleh NPHL, satu ialah ujian semula ke atas sampel asalnya, dan lagi satu ke atas sampel baru yang diambil semalam (kelmarin), yang juga kembali negatif," kata MOH.



Kementerian itu juga berkata mereka telah menarik balik arahan kuarantin terhadap kontak dekat lelaki itu, yang sebelum ini diarah menjalani kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga sementara siasatan dijalankan.



MOH menambah bahawa ia akan menyokong makmal di atas kapal persiaran Quantum of the Seas dalam semakan proses ujiannya.



Kelmarin, percutian yang sepatutnya berlangsung selama empat hari di atas kapal persiaran itu terpaksa dipendekkan, dengan kapal itu berpatah balik ke Singapura dan lebih 1,600 penumpangnya diturunkan selepas lelaki itu diumumkan telah diuji positif bagi Covid-19.



Beliau telah melaporkan diri kepada pusat perubatan atas kapal kerana mengalami cirit-birit, dan kemudian diuji bagi jangkitan itu menggunakan peralatan ujian PCR di atas kapal.



Namun, sampel PCR asalnya itu didapati negatif setelah ia diuji semula di NPHL. Satu sampel baru yang kedua kemudian diuji dan ia juga kembali dengan keputusan negatif.



NPHL kemudian menjalankan satu lagi ujian ke atas lelaki itu semalam bagi mengesahkan status Covid-19nya.



Royal Caribbean dalam kenyataannya semalam berkata ia mengalu-alukan perkembangan terkini itu dan berharap lelaki itu cepat pulih.



"Kami menghargai bimbingan pemerintah dan kami akan terus bekerjasama dengan mereka untuk memperhalusi protokol kami, yang direka untuk melindungi kesihatan dan keselamatan tetamu kami, kru dan masyarakat Singapura," katanya.



Quantum of the Seas Royal Caribbean merupakan kapal kedua yang belayar dari Singapura sebagai sebahagian skim perintis kapal persiaran selamat oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



STB dalam kenyataannya berkata skim perintis itu akan diteruskan seperti yang dirancang menyusuli respons pantas dan tegas dalam menangani kes Covid-19 yang disyaki di atas kapal Quantum of the Seas kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >