Seorang penumpang meninggal dunia dalam pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari New Delhi ke Singapura awal pagi ini (10 Feb).
"Kami boleh mengesahkan dengan rasa kesal bahawa seorang penumpang meninggal dunia dalam penerbangan SQ403 dari New Delhi ke Singapura hari ini," kata seorang jurucakap SIA dalam satu kenyataan.
Tiada maklumat lanjut mengenai penumpang itu diberi kerana "tujuan privasi".
"Takziah kami buat keluarga penumpang itu," kata jurucakap tersebut.
Penerbangan itu tidak dialihkan.
Semakan di laman ketibaan Lapangan Terbang Changi menunjukkan pesawat itu mendarat di Terminal 2 pada 5.13 pagi.