Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang mungkin hadapi kelewatan di Lapangan Terbang Changi

Nov 11, 2018 | 07:31 PM



PENUMPANG di Lapangan Terbang Changi mungkin menghadapi kelewatan, dengan beberapa pemimpin dunia dan Asean yang dijangka tiba di sini bagi Sidang Puncak Asean Ke-33 dan mesyuarat yang berkaitan dengannya minggu ini.



Pemimpin itu dan delegasi mereka dijangka tiba sebelum sidang puncak itu rasmi dilancar Selasa ini (13 November), lapor akhbar The Straits Times.



Pengarah (khidmat trafik udara) Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Encik Rosly Saad, bagaimanapun berkata pihaknya tidak menjangka penerbangan delegasi Asean itu boleh menyebabkan kelewatan yang lama bagi penumpang.



Tambahnya, terdapat prosedur dan langkah yang boleh diambil untuk menangani keadaan.



Sidang puncak itu akan berakhir pada 15 November dan selepas itu, kebanyakan pemimpin yang menghadiri Sidang Puncak Asean di sini dijangka ke Papua New Guinea pula bagi menghadiri mesyuarat pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >