Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang pengangkutan awam kembali meningkat tetapi aliran penumpang udara masih rendah: MOT

Dec 26, 2020 | 06:16 PM



SEDANG Covid-19 hampir melenyapkan pergerakan penumpang udara, bilangan penumpang pengangkutan awam telah kembali meningkat, dan jumlah kargo laut hampir mencapai tahap sebelum pandemik, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).



Pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Changi April lalu merosot ke 0.004 peratus daripada jumlahnya pada awal tahun ini, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh kementerian itu dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (26 Dis).  


Singapura menutup sempadannya kepada pengunjung pada 23 Mac dan memasuki tempoh pemutus rantaian jangkitan pada 7 April.


Bilangan penumpang udara telah naik perlahan sejak itu, dan hingga bulan lalu, MOT berkata bilangan tersebut mencecah 0.019 peratus.


Bilangan penumpang pengangkutan awam sepanjang hari juga merosot akibat langkah keselamatan Singapura.


April lalu, bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan awam turun ke 32 peratus berbanding awal tahun ini.


Ia turun lagi ke 25 peratus Mei lalu tetapi naik kembali selepas itu, dan sekitar 72 peratus bulan lalu.


Jumlah kargo laut Singapura bagaimanapun berada sekitar paras yang sama.



Berbanding dengan awal tahun ini, jumlah kargo laut sekitar 97 peratus bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >