Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang SBS Transit boleh buat aduan guna kod QR

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



PENUMPANG kini boleh membuat aduan atau melaporkan kerosakan yang berlaku di stesen MRT laluan North East dan Downtown dengan lebih mudah menggunakan kod QR, kata pengendali pengangkutan awam, SBS Transit.



Langkah ini bukan hanya bertujuan mempercepatkan tindak balas SBS Transit dalam memperbaiki kerosakan yang dilaporkan tetapi lebih penting lagi, meningkatkan keselesaan penumpang dan pengguna.



Dalam satu posnya di Facebook kelmarin, SBS Transit berkata:



"Dengan mengimbas kod QR, kami telah menjadikan ia lebih mudah untuk anda melaporkan 'kerosakan' supaya kami dapat segera memperbaikinya.



"Anda tanya mengapa (kami memperuntukkan kod QR ini)? Sebab kami komited untuk menjadikan perjalanan anda bersama kami dengan lebih baik."



Penumpang hanya perlu mengimbas kod QR itu dan melaporkan kerosakan yang mereka alami.



Kod QR itu buat masa ini hanya digunakan di stesen MRT kendalian SBS Transit, laluan North East dan Downtown.



Difahamkan kod QR ini juga akan dilanjutkan kepada pusat pertukaran bas di bawah pengurusan syarikat itu.



Sebelum ini, sebarang maklum balas oleh penumpang boleh dibuat sama ada dalam talian melalui borang di laman web SBS Transit, dengan menghubungi talian khidmat pelanggannya atau di kaunter khidmat penumpang di pusat pertukaran bas dan stesen MRT.



SBS Transit menambah kod QR itu dapat digunakan, contohnya, ketika "anda hendak membasuh tangan di tandas stesen MRT tetapi mendapati sabun telah habis" atau "anda berjalan ke stesen dan mendapati bal lampu tidak berfungsi."



Seorang penumpang yang ingin dikenali sebagai Cik Nabilah mengalu-alukan inisiatif baik itu walaupun ini merupakan kali pertama beliau mendapat tahu mengenai kod QR SBS Transit itu.



"Ia langkah yang bagus untuk SBS Transit menyediakan platform sebegini supaya penumpang dapat memaklumkan sebarang kerosakan yang kami lihat.



"Pekerja pembersihan atau pegawai di stesen MRT atau pusat pertukaran bas juga boleh bertindak dengan pantas pada kerosakan tanpa harus menunggu pemeriksaan rutin mereka," kata penjawat awam berusia 27 tahun itu.



Seorang lagi penumpang, Encik Ashraff Rahim, 20 tahun, berkata kod QR ini akan memudahkan penumpang untuk melaporkan kerosakan ketika waktu sibuk.



"Ketika waktu sibuk, kadangkala ia sukar untuk ke kaunter khidmat penumpang untuk melaporkan kerosakan. Jadi, dengan adanya kod QR ini, penumpang hanya memerlukan telefon pintar mereka sahaja untuk membuat laporan," kata pelajar itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >