Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Penumpang turun dari teksi bergerak di ECP selepas pemandu pengsan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penumpang turun dari teksi bergerak di ECP selepas pemandu pengsan

Mar 10, 2019 | 02:06 PM

PENGENDALI teksi Comfort DelGro berkata seorang pemandunya pengsan semasa memandu di ekspreswe East Coast Parkway, menyebabkan teksi itu merempuh adangan di tengah jalan raya.

Seorang penumpang dilihat keluar dari teksi semasa ia bergerak lebih perlahan, sebelum menaiki kereta lain.

Comfort DelGro sedang berusaha menghubungi penumpang itu dan memohon maaf kepada beliau dan pengguna jalan raya lain yang terjejas, kata jurucakapnya dalam satu kenyataan pada Ahad (10 Mac).

Insiden itu, yang berlaku pada petang Jumaat (8 Mac) dirakam dari kenderaan di belakang teksi.

Ia menunjukkan teksi itu merempuh adangan di tengah-tengah jalan raya, sebelum memesong ke dua lorong kiri.

Kenderaan lain boleh dilihat berhenti atau cuba mengelak melanggar teksi itu.

Polis berkata satu laporan telah diterima mengenai insiden itu dan ia sedang menyiasat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3