Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penumpang World Dream harus pantau kesihatan, jalani ujian swab selepas turun

Jul 16, 2021 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN penumpang World Dream yang dibenarkan turun dari kapal pelayaran itu dan pulang ke rumah kini perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dan menjalani ujian swab sekali lagi di akhir tempoh itu.



Ini tidak termasuk kumpulan penumpang kedua - yang tidak diketahui jumlahnya - yang perlu menjalani perintah kuarantin di hotel kerana disifatkan sebagai kontak dekat kes yang dijangkiti Covid-19.



Kru kapal itu, sejumlah 1,249 orang, kekal di kapal. Mereka menjalani ujian rutin setiap tujuh hari dan juga akan menjalani ujian pantas antigen (ART), kata Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Kelmarin, kapal pelayaran dengan 1,646 penumpang yang dikendalikan oleh Dream Cruises itu terpaksa patah balik lebih awal ke Singapura selepas seorang penumpang didapati dijangkiti Covid-19.



Kes tersebut telah dikaitkan dengan kelompok jangkitan di pusat hiburan KTV.



Kesemua penumpang sebelum itu telah diminta kekal dalam bilik mereka sejak 1 pagi hari yang sama.



Namun makanan serta minuman telah dihantar ke bilik setiap penumpang.



Mereka hanya dibenarkan turun dari kapal sekitar 10 jam selepas ia berlabuh di Pusat Pelayaran Marina Bay, iaitu sekitar 8.30 malam kelmarin, menurut Dream Cruises.



Ia juga telah berkata kontak rapat kes Covid-19 di kapal layar itu telah dikenal pasti dalam tempoh sejam.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam satu notis kepada penumpang, berkata Dream Cruises akan menghubungi mereka dalam tempoh seminggu untuk memberi maklumat berkaitan masa dan lokasi mereka perlu menjalani ujian swab selepas tempoh pemantauan selama 14 hari.



Kos ujian swab itu akan dibayar MOH.



Penumpang diminta pantau sendiri kesihatan mereka, walaupun "boleh meneruskan aktiviti biasa termasuk pergi ke kerja dan sekolah dalam tempoh ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >