Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang basikal bantu wanita lahirkan bayi dalam kereta di Upper Thomson Road

Sep 14, 2021 | 10:10 PM



APABILA isteri Encik Muhammad Annur Mohammed, Cik Mardhiah Abdul Malek mula mengalami kesakitan dan air ketubannya pecah pada Ahad (12 Sept) lalu, pasangan tersebut menempah kereta sewa privet daripada aplikasi Tada.



Namun, 10 minit dalam perjalanan mereka, bayi dalam kandungan Cik Mardhiah itu bak sudah tidak sabar lagi hendak melihat dunia.



Encik Addy Soon, 53 tahun, pemandu kereta sewa privet itu kemudian berhenti di stesen MRT Springleaf di Upper Thomson Road dan menelefon ambulans.



Encik Soon kemudian meminta bantuan daripada sekumpulan penunggang basikal yang berada di situ.



Mujur, seorang daripada mereka merupakan doktor yang membantu kelahiran bayi perempuan Encik Annur dan Cik Mardhiah.



Bayi tersebut dilahirkan dengan berat badan 2.5 kilogram pada sekitar 6.20 pagi.



Pasangan tersebut dan bayi mereka kemudian dibawa ambulans yang tiba sekitar 6.25 pagi ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >