Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang basikal bermotor dipenjara 5 minggu kerana langgar pejalan kaki

Jul 12, 2016 | 08:13 AM



SEORANG lelaki yang melanggar seorang wanita tua semasa menunggang basikal bermotor di laluan pejalan kaki di sebuah kawasan perumahan dihukum penjara lima minggu pada Isnin (11 Jul).



Tan Heng Huat, 40 tahun, mengaku mencederakan dengan teruk seorang suri rumah, Cik Heng Lian Cheng, 68 tahun, dalam satu tindakan gopoh yang membahayakan keselamatan orang lain di Paya Lebar Way pada 18 April tahun lepas.



Bekas pembantu kedai kopi itu membelok ke kanan di sebuah tiang di Blok 120 pada kelajuan tidak selamat walaupun pandangannya akan pejalan kaki teradang, menyebabkan basikalnya melanggar Cik Heng, yang mengalami keretakan muka.



Hakim Daerah Lee Poh Choo berasa basikal bermotor menimbulkan bahaya lebih besar daripada kereta kerana pemiliknya bebas menunggangnya di mana sahaja.



Dalam hal ini, penunggang yang menunggang di sekitar blok HDB menghadapi sedikit atau tiada padah langsung. Mangsa mereka pula tidak mendapat pampasan.



Hakim Lee berkata penunggang basikal harus sedar ada padahnya.



"Menunggang basikal bermotor tidak menjadikan anda raja laluan," katanya.



Mahkamah diberitahu bahawa Tan menggunakan basikal bermotor berharga $1,280 itu untuk pergi dan balik kedai kopi tempat dia bekerja di Lorong 34 Geylang.



Pada pagi hari kejadian, dia tidak memperlahankan basikalnya atau turun di sebuah sudut laluan pejalan kaki di Blok 120, walaupun tahu risiko melanggar pejalan kaki dan dia dibenarkan menunggang hanya di jalan raya - dan bukan di semua laluan dan laluan pejalan kaki.



Tan langsung tidak memastikan tiada pejalan kaki di laluan tersebut, kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tan Ee Kuan. Dia menekan brek hanya apabila melihat Cik Heng, tetapi terlambat. Cik Heng jatuh tersembam.



Tan tidak membantu atau memeriksa apakah tiada apa-apa berlaku pada beliau. Dia memohon maaf, memberi tisu kepada Cik Heng dan menunggang pergi.



Seorang lelaki tidak dikenali bertanya apakah Cik Heng memerlukan ambulans dan memberitahunya penunggang itu bernama 'Ah Huat'.



Cik Heng menolak tawaran itu, tetapi kemudian dirujuk doktor ke Hospital Besar Changi. Beliau dimasukkan hospital empat hari dan menjalani pembedahan.



Tan menyerah diri tiga hari selepas kejadian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >