Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Penunggang basikal didenda kerana tumbuk pemandu lori

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



PENUNGGANG basikal yang menumbuk seorang pemandu lori dalam kejadian radang di jalan raya didenda $5,600 semalam.



Jeffery Todd Martin, 57 tahun, penduduk tetap di sini yang berasal dari Canada, mengaku bersalah bagi satu tuduhan menyebabkan kecederaan dan satu lagi tuduhan menunggang basikal tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.



Dalam kejadian pada 24 Februari 2019 itu, Martin sedang menunggang basikalnya di Jalan Eunos sekitar 10.20 pagi apabila sebuah lori memotongnya.



Martin kemudian memotong lori itu, menuding jarinya ke arah pemandu lori dan menghentikan basikalnya di depan lori.



Ini memaksa lori itu berhenti mendadak walaupun kenderaan lain masih bergerak.



Martin lalu turun dari basikal dan menumbuk tingkap lori, serta mengeluarkan kata kesat terhadap pemandu lori itu, Zhang Ping.



Zhang, warga China berusia 33 tahun lalu memandu lorinya secara mendadak ke arah Martin, menyebabkan Martin mengelak.



Zhang lalu keluar dari lori, memegang botol air dan menghampiri Martin yang menumbuknya, menyebabkan Zhang terjatuh. Bibir Zhang luka dan dia diberikan cuti sakit dua hari.



Martin beredar dari tempat itu.



Klip video kejadian itu menjadi tular selepas dikongsi di media sosial pada 2019 dan Zhang ditangkap selang 48 jam.



Bagi kesalahan perbuatan cuai yang membahayakan orang lain, Zhang dipenjara seminggu.



Video yang sama dimainkan di mahkamah semalam dan Timbalan Pendakwa Raya Emily Koh berkata pihaknya tidak memohon hukuman penjara bagi Martin kerana serangan itu tidak menyebabkan kecederaan teruk.



Hakim Daerah Brenda Tan juga berkata sebelum ditumbuk, Zhang yang keluar dari kenderaan untuk bersemuka dengan Martin.



Namun, walaupun hukuman dipenjarakan tidak diputuskan, saman yang tinggi harus dikenakan, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >