DARI MAHKAMAH

Penunggang basikal elektronik didakwa langgar lampu merah

Juga sedang disiasat berkaitan kes pukul lelaki tua

SEORANG penunggang basikal elektronik berusia 62 tahun, yang dikatakan menyerang seorang lelaki berusia 69 tahun di Hougang Avenue 7 awal bulan ini, dihadapkan ke mahkamah semalam dengan satu tuduhan melakukan tindakan cuai.

Lelaki warga Singapura itu, Yeu Kim Ming, didakwa membahayakan keselamatan orang lain dengan melanggar lampu merah semasa menunggang basikal elektroniknya sekitar 9.30 malam pada 18 Mei lalu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan