DARI MAHKAMAH
Penunggang e-skuter didenda $2,000 dek langgar pejalan kaki
Mar 20, 2019 | 05:30 AM
SEORANG pejalan kaki cedera pada bahagian kaki kirinya selepas sebuah e-skuter melanggarnya ketika beliau melangkah keluar melalui pintu sisi kondominium.
Penunggang e-skuter itu, Burganoodeen Mohamed Mohideen, 23 tahun, semalam didenda $2,000 kerana mencederakan Cik Betty Chua Siew Kiang dengan menunggang alat itu secara cuai, menurut laporan akhbar The Straits Times.