Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Penunggang e-skuter didenda $4,500 dek tumbuk warga tua yang hampir dilanggarnya

Jul 23, 2019 | 02:10 PM

SEORANG penunggang e-skuter hampir melanggar seorang lelaki warga emas yang berjalan ke arahnya, namun, bukannya kata-kata maaf yang dilafazkan, penunggang tersebut mengekori lelaki itu ke bloknya, memaki hamun beliau dan menumbuk mukanya.

Lim Kim Joo, 55 tahun, mengaku bersalah terhadap tuduhan menyerang dan didenda $4,500 hari ini (Selasa, 23 Julai).

Menurut laporan The Straits Times, Encik Edwin Yap Hock Seng, 70 tahun, sedang berjalan menuju ke rumahnya di Yishun Ring Road pada sekitar 10.30 malam November tahun lalu apabila beliau ternampak Lim menunggang e-skuter menuju ke arahnya di laluan pejalan kaki.

Timbalan Pendakwa Raya Ben Mathias Tan berkata Lim "hampir terkena" lelaki tua itu dan memarahi Encik Yap. Encik Yap tidak mengendahkannya dan meneruskan perjalanannya.

Tidak puas hati, Lim mengekori Encik Yap ke bawah bloknya dan menolak dadanya, mengakibatkan siku kanannya terhentak peti surat.

Lim kemudian menumbuk hidung Encik Yap dan mencabarnya menelefon polis.

DPP Tan memberitahu Hakim Daerah Hamidah Ibrahim bahawa Lim telah menumbuk seorang lelaki tua dan menyarankan agar dia dihukum dengan denda sekurang-kurangnya $5,000.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian