Penunggang e-skuter dijel kerana langgar pejalan kaki
Feb 14, 2019 | 05:30 AM
SEORANG penunggang e-skuter dijatuhi hukuman penjara lapan bulan tujuh minggu semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pejalan kaki di Bedok Reservoir Road pada 7 Mac tahun lalu.
Penunggang itu, Muhammad Sha'if Jumadi, 23 tahun, turut mengaku salah mengambil dan memiliki dadah 'Ice'.