Penunggang e-skuter dilapor langgar kanak-kanak kecil di Orchard Road

PIHAK polis sedang menyiasat tuntutan bahawa seorang penunggang e-skuter telah melanggar seorang kanak-kanak di laluan pejalan kaki Pusat Beli Belah Orchard semalam. 

Seorang pejalan kaki telah mengambil video dan memetik gambar yang menunjukkan bapa budak lelaki itu sedang bertengkar dengan penunggang e-skuter tersebut dan memuatnaikkan video itu kepada beberapa kumpulan Facebook. 

Menurut pejalan kaki tersebut, pengguna Facebook Andy Yeu Mai, penunggang e-skuter itu telah menunggang dengan laju di laluan pejalan kaki di luar pusat beli belah tersebut sekitar 9 malam semalam. 

Beliau melanggar seorang budak lelaki yang memakai baju warna kuning, dan bapa budak lelaki tersebut kemudian menumbuk penunggang itu. 

Dalam video tersebut, seorang wanita kelihatan berusaha menenangkan bapa kanak-kanak itu. 

Pihak polis mengesahkan bahawa laporan sudah dibuat dan mereka kini menyiasat kes tersebut. 

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.