Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang e-skuter ditangkap melanggar pelancong di Stesen MRT Chinatown

Jan 27, 2018 | 03:49 PM



Seorang lelaki Singapura berusia 34 tahun telah ditangkap selepas dikatakan melanggar seorang wanita dengan skuter elektriknya di Stesen MRT Chinatown.



Kejadian itu berlaku pada 3.54 petang Jumaat (26 Jan), kata polis dalam satu kenyataan pada Sabtu.



Wanita itu dikatakan seorang pelancong berusia 45 tahun.



Foto di akhbar Lianhe Zaobao pada Sabtu menunjukkan wanita terduduk di lantai luar stesen, dengan e-skuter itu diletakkan berdekatan.



Akhbar itu mengenal pasti wanita itu sebagai pelancong dari Taiwan yang berkunjung ke Singapura bersama suami dan anak perempuannya.



Beliau baru melangkah keluar dari stesen itu apabila beliau dilanggar dari belakang oleh seorang lelaki menggunakan e-skuter, menurut Zaobao.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura memberitahu akhbar The Straits Times bahawa ia memberi respons kejadian di 91 Upper Cross Street itu sekitar 3.50 petang dan membawa seseorang ke Hospital Khoo Teck Puat.



Beliau dipercayai cedera ringan.



Polis daripada Bahagian Polis Central menahan suspek di tempat kejadian dan merampas e-skuter itu.



Siasatan masih berjalan.



Mereka yang disabitkan atas kesalahan serupa itu boleh dipenjara sehingga setahun dan atau denda sehingga $ 5,000.



Dalam kenyataannya, Polis menasihatkan semua pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) "supaya berhati-hati dan berwaspada ketika menunggang bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku".



"Semasa berada di kawasan ramai orang, pengguna disarankan turun dan menolak peranti mereka,  bukan menunggangnya," kata polis.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >