Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang e-skuter ditangkap selepas langgar perempuan di kolong blok Bukit Batok

Apr 13, 2019 | 07:00 PM



 



 



Seorang penunggang e-skuter ditangkap selepas melanggar perempuan berusia 65 tahun, di kolong blok flat HDB di Bukit Batok, pada Jumaat (12 April).



Polis berkata bahawa mereka diberitahu tentang insiden itu, yang berlaku di Blok 186 Bukit Batok West Avenue 6, sekitar 7.15 malam pada hari yang sama.



Akhbar bahasa Mandarin Lianhe Wanbao berkata perempuan itu sedang membuka peti surat di kolong blok apabila penunggang itu melanggarnya.



Menurut Wanbao, perempuan itu jatuh ke lantai selepas dilanggar.



Perempuan itu dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, sementara penunggang berusia 33 tahun itu ditangkap kerana menyebabkan kecederaan kerana perbuatan terburu-burut.



Difahami, penunggang e-skuter itu bertugas sebagai penghantar makanan.



Akta Mobiliti Aktif, yang merangkumi penggunaan basikal, e-motosikal dan alat mobiliti peribadi (PMD) di laluan pejalan kaki, laluan berbasikal dikongsi dan jalan raya, berkuat kuasa pada Mei tahun lalu.



Dalam tempoh dari bulan itu sehingga Disember, 2,553 kesalahan dilakukan di bawah Akta itu.



Februari lalu, had kelajuan basikal dan PMD di laluan pejalan kaki direndahkan daripada 15 kilometer sejam (kmh) kepada 10kmh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >