Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang e-skuter maut dalam nahas dengan bas SBS Transit

Nov 30, 2017 | 08:21 PM



SEORANG penunggung e-skuter yang terlibat dalam kemalangan dengan bas dua tingkat SBS Transit semalam pagi, telah meninggal dunia di hospital.



Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku di simpang Bedok Reservoir Road dengan Kaki Bukit Avenue 1 itu pada 10.28 pagi.



"Seorang penunggang lelaki berusia 52 tahun tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Besar Changi. Polis sedang menjalankan siasatan," kata seorang jurucakap polis.



Lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Encik Atan Amat.



Seorang sepupunya, yang dikenali sebagai Cik Fauziah, telah menulis bingkisan takziahnya dalam laman Facebook. Seorang lagi sepupunya, yang memberikan namanya sebagai Encik Zanri, memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa Allahyarham merupakan pekerja pembersihan di depoh SMRT.



Allahyarham tidak berkahwin dan menetap bersama adik perempuannya.



Difahamkan jenazah akan dikebumikan pada hari ini.



Bas yang terbabit dalam kejadian itu dikatakan bergerak di Bedok Reservoir Road ke arah Kaki Bukit apabila kemalangan tersebut berlaku.



Foto yang dihantar oleh pembaca menunjukkan e-skuter terbabit tersepit di bawah bas. Beberapa orang juga dilihat membantu mangsa yang cedera.



Cik Tammy Tan, Naib Presiden Perhubungan Korporat SBS Transit, dipetik ST sebagai berkata pemandu bas itu "amat sedih bahawa ini telah berlaku"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >