Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang e-skuter wanita didenda $2,200 kerana langgar dan cederakan pejalan kaki

Dec 20, 2018 | 06:00 PM



SEORANG penunggang skuter elektronik (e-skuter) melanggar seorang pejalan kaki dan menyebabkan kecederaan, termasuk di kepala yang memerlukan jahitan.



Rapiah Sari, 49 tahun, seorang suri rumah, didenda $2,200 pada Rabu (19 Disember) selepas beliau mengaku bersalah mencederakan Cik Chia Gek Sim kerana menunggang e-skuter dengan cuai pada 3 November tahun lalu. Kejadian itu berlaku di laluan pejalan kaki di Jurong West Avenue 5 sekitar 12 tengah hari.



Cik Chia, 55 tahun jatuh ke kawasan berumput selepas dilanggar Rapiah, yang turut terhumban dari e-skuter yang ditunggangnya itu. Cik Chia baru sahaja turun dari tangga yang berhampiran.



Dokumen mahkamah tidak menyatakan kelajuan e-skuter yang ditunggang Rapiah.



Cik Chia dibawa dengan ambulans ke Hospital Besar Ng Teng Fong dan dibenarkan pulang pada 11 November.



Pada Rabu, Timbalan Pendakwaraya (DPP) Jason Chua menggesa Hakim Daerah Kenneth Yap untuk mengenakan denda lebih $2,000. DPP Chua berkata kecederaan yang dialami Cik Chia bukan sedikit dan beliau juga mengalami kecederaan kepala.



Beliau juga berkata Rapiah seharusnya lebih berwaspada semaa menunggang e-skuter kerada berada dalam estet perumahan.



Peguam bela Muhammad Imran Abdul Rahim merayu supaya Rapiah diberikan denda lebih ringan iaitu $1,200, kerana tangga di tempat kejadian tidak boleh dilihat dengan mudah dari laluan pejalan kaki itu.



Rapiah boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $2,500 kerana kesalahan menyebabkan kecederaan dengan perbuatan cuai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >