Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang e-skuter yang cederakan pasangan anak bapa dipenjara

Sep 15, 2021 | 07:59 PM



SEORANG penunggang e-skuter melanggar peraturan dan cuai di jalan raya sehingga memotong jalan penunggang motosikal lalu menyebabkan kemalangan telah dijatuhkan hukuman penjara, disebat dan didenda.



Wong Itto, kini 26 tahun, memotong jalan seorang penunggang motosikal berusia 55 tahun dan anak perempuannya yang berusia 26 tahun, mengakibatkan mereka jatuh.



Pasangan anak bapa itu dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat dengan kecederaan termasuk keretakan pada tulang mata dan tulang rusuk.



Akibatnya, Wong dipenjara setahun 11 minggu, disebat tiga kali dan didenda $30,000.



Warga Singapura itu juga akan dipenjara lagi tiga minggu jika dia tidak mampu membayar denda tersebut.



Timbalan Pendakwa Raya Benedict Teong berkata Wong menunggang e-skuternya di lorong kiri Woodlands Loop sekitar 7.40 pagi pada 29 November 2018, apabila kemalangan itu berlaku.



Penunggang motosikal itu terpaksa dirawat di hospital selama empat hari dan diberi cuti sakit selama 34 hari.



Anak perempuannya pula diberi cuti sakit selama tujuh hari.



Wong pula dirawat di hospital selama sehari akibat sakit di kepala.



Selain kesalahan tersebut, Wong juga mengaku bersalah membantu dalam kegiatan peminjaman duit haram.



Akibat menyebabkan kecederaan dengan menunggang e-skuter secara cuai, Wong boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >