Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Penunggang motosikal 20 tahun maut akibat nahas di Ang Mo Kio

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penunggang motosikal 20 tahun maut akibat nahas di Ang Mo Kio

Mar 08, 2019 | 04:46 PM

SEORANG penunggang motosikal berusia 20 tahun meninggal dunia menyusuli satu kemalangan jalan raya yang turut melibatkan sebuah kereta di Ang Mo Kio semalam (7 Mac).

Pemandu kereta tersebut yang berusia 41 tahun telah ditangkap kerana menyebabkan kematian dengan perbuatan cuai, kata polis.

Polis berkata mereka dimaklumkan tentang nahas di simpang antara Ang Mo Kio Avenue 8 dengan Ang Mo Kio Central 2 itu sekitar 5.30 petang.

Penumpang kereta itu, seorang wanita berusia 40 tahun, dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat.

Menurut polis, penunggang motosikal itu berada dalam keadaan tidak sedar apabila beliau dibawa ke hospital yang sama. Beliau kemudian meninggal dunia.

Difahamkan, pemandu kereta itu tidak cedera.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3