Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal 20 tahun meninggal dunia selepas kemalangan di ECP

May 29, 2018 | 04:19 PM



SEORANG penunggang motosikal meninggal dunia di hospital selepas mengalami kecederaan traumatik akibat berlanggar dengan sebuah treler di East Coast Parkway (ECP) pagi tadi (29 Mei).



Nahas jalan raya itu berlaku di ECP, menghala ke Lapangan Terbang Changi, sebelum jalan susur keluar Marine Parade.



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu pada 6.23 pagi.



Penunggang motosikal itu berada dalam keadaan tidak sedar apabila dibawa ke Hospital Besar Changi (CGH). Beliau kemudian meninggal dunia di sana.



Menurut akhbar The Straits Times, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihak hospital telah diminta bersiap sedia untuk menerima lelaki itu, sesuatu yang biasanya dilakukan bagi kes lebih serius.



Difahamkan, lelaki itu mengalami kecederaan traumatik.



Polis berkata pemandu treler itu yang berusia 47 tahun sedang membantu dengan siasatan..



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >