Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal 31 tahun terbunuh, 6 cedera dalam kemalangan di sepanjang CTE berhampiran Orchard Road

Jul 24, 2021 | 03:24 PM



SEORANG penunggang motosikal berusia 31 tahun maut selepas satu kemalangan pada Jumaat malam (23 Julai) di Ekspreswe Central (CTE)  di belakang bangunan Cuppage Plaza berhampiran Orchard Road. 

Enam  lain juga cedera.

Rakaman dan gambar yang diedarkan dalam talian menunjukkan seorang penunggang motosikal terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di ekspreswe itu, dengan serpihan kenderaan berserakan di kawasan berdekatan.


Tidak jauh, sebuah lori terbalik, sementara sebuah kereta terbakar.

Video lain menunjukkan sekurang-kurangnya sedozen  anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang memadamkan api, dengan sekurang-kurangnya dua kereta  bomba dan sebuah kereta polis berada di tempat kejadian.

Dengan api akhirnya berjaya dipadamkan, sisa kereta yang terbakar di bahu jalan raya dapat dilihat menghadap lalu lintas, dengan bonetnya  hancur akibat hentaman kemalangan.



Polis mengatakan dalam satu kenyataan bahawa sebuah kereta, teksi, lori dan dua motosikal terlibat dalam kemalangan di sepanjang CTE menghala ke  Expreswe Seletar (SLE) selepas jalan keluar Cavenagh.

Ia dimaklumkan  mengenai kemalangan itu pada 9.18 malam pada  Jumaat.

Dua penunggang motosikal lelaki, pemandu kereta wanita, pemandu lori lelaki dan tiga penumpangnya dibawa ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH), menurut pihak berkuasa.

Salah seorang penunggang motosikal, yang berusia 31 tahun, kemudian meninggal dunia di hospital akibat kecederaannya.

Polis sedang menjalankan siasatan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >