Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal akan dikena bayaran setiap minit di tempat letak kenderaan

Mar 10, 2014 | 09:06 PM



PENUNGGANG motosikal akan dikenakan bayaran meletak kenderaan berdasarkan setiap minit dan bukan kadar rata tidak lama lagi.


Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, semasa perbahasan Jawantankuasa Bekalan (COS) hari ini (10 Mac).


Kadar tambang baru bagi motosikal itu akan dikenakan di tempat meletak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang mempunyai sistem meletak kenderaan elektronik.


Sekarang ini penunggang motosikal dikenakan bayaran rata sebanyak 65 sen sehari atau semalam, bila meletak motosikal di salah satu tempat meletak kenderaan HDB atau URA.


Antara golongan penunggang motosikal yang bakal dapat menerima manfaat daripada langkah tersebut ialah pekerja penghantaran yang menggunakan motosikal.


Ini kerana mereka perlu meletak motosikal mereka di beberapa tempat meletak kenderaan dalam sehari.


Encik Khaw berkata langkah tersebut adalah 'bantuan praktikal kepada golongan pendapatan rendah, terutamanya bagi mereka yang bekerja keras untuk mempertingkat kehidupan mereka'.


Di samping itu, tiket meletak kenderaan musiman juga akan dipertingkatkan supaya penunggang motosikal boleh meletak kenderaan mereka di kesemua tempat meletak kenderaan HDB dan URA dengan bayaran bulanan rata.


HDB dan URA akan membangunkan perincian dan melaksanakan langkah tersebut secepat mungkin, kata Encik Khaw.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >