Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:10
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Penunggang motosikal dibawa ke hospital selepas kemalangan

Oct 21, 2019 | 03:19 PM

SEORANG penunggang motosikal dibawa ke hospital setelah kemalangan dengan teksi Mercedes di Kallang Bahru semalam (20 Oktober).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kejadian itu berlaku di persimpangan Lavender Street dan Kallang Bahru pada sekitar 3.25 pagi, lapor The New Paper (TNP).

Menurut polis, wanita 23 tahun itu berada dalam keadaan sedar diri apabila dibawa ke hospital Tan Tock Seng.

Gambar kemalangan itu dimuatnaikkan ke media sosial menunjukkan wanita itu terbaring di tengah-tengah lintasan pejalan kaki, agak berjauhan dengan motosikalnya, dengan serpihan yang tercampak di jalan raya itu.

Dalam satu gambar, bahagian depan teksi ComfortDelGro itu kelihatan remuk.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian