Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang motosikal maut digilis trak di Jalan Buruh

Nov 25, 2016 | 10:24 AM



SEORANG penunggang motosikal berusia 42 tahun maut selepas digilis sebuah trak kontena di Jalan Buroh, dekat simpang Ekspreswe West Coast, sekitar 6.15 petang Khamis (24 Nov).



Ia nahas terbaru dalam beberapa kemalangan maut di kawasan itu.



Sebuah video papan pemuka kemalangan itu, yang diambil oleh seorang yang dikenali sebagai Fai Kor, dimuat naik ke laman Facebook masyarakat keselamatan jalan raya Roads.sg pada Khamis malam.



Dalam video itu, penunggang motosikal tersebut dilihat menunggang di tengah-tengah dua lorong, menyelit antara dua trak. Beliau kemudian terhalang daripada pandangan kamera. Sejurus kemudian, beliau dan motosikalnya dilihat berbaring di jalan raya.



Trak kontena di lorong kiri kemudian dilihat menggilis penunggang dan basikal itu dengan roda belakangnya. Kedua-dua trak dan kenderaan lain berhenti sedang penunggang tersebut kaku tidak bergerak.



Video tersebut ditonton lebih 26,500 kali dan dikongsi lebih 600 kali pada pagi Jumaat (25 Nov).



Sesetengah pengguna menegaskan penunggang itu menunggang di celah sempit antara dua trak di jalan raya dua lorong yang sempit.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengerahkan sebuah ambulans, dan penunggang itu disahkan maut di tempat kejadian oleh paramedik.



Siasatan sedang dijalankan, ujar polis.



Kejadian itu menyusuli beberapa kemalangan maut minggu ini. Terdapat tiga laporan kemalangan maut antara Isnin dan Rabu.



Pada Isnin malam, seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah lori, juga di Jalan Buroh, di simpang Jurong Port Road.



Pada petang Isnin, seorang pejalan kaki lelaki berumur 47 tahun dilanggar sebuah kereta ketika melintas North Bridge Road.



Beberapa nahas maut berlaku di sekitar kawasan Ekspreswe West Coast baru-baru ini.



Pada pagi Rabu, seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di situ ketika cuba mengelakkan dahan pokok yang bengkok disebabkan angin kuat.



Pada 27 Oktober, satu kemalangan maut berlaku di ekspreswe itu apabila tiga orang yang sedang menunggang basikal elektrik dilanggar sebuah lori treler.



Seorang daripada mereka maut di tempat kejadian, seorang lagi meninggal dunia di hospital, sementara yang ketiga terselamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >