PENUNGGANG motosikal 23 tahun meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan van di persimpangan Marsiling Lane dan Admiralty Road petang semalam.
Pihak polis berkata bahawa mereka diberitahu tentang kemalangan itu pada 4.08 petang.
Penunggang motosikal tidak sedarkan diri semasa dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat, di mana beliau meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami, tambah polis.
Menurut laporan The Straits Times, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan di kepalanya dan meninggal dunia akibat sakit jantung disebabkan trauma.
Kededua motosikal dan van berdaftar di Singapura.
Dipercayai bahawa kemalangan tersebut berlaku apabila van itu sedang membelok kanan ke arah Admiralty Road