Penunggang motosikal meninggal dunia selepas kemalangan dengan bas di Jurong
SEORANG penunggang motosikal meninggal dunia selepas kemalangan dengan bas di Jurong tengah hari tadi.
Polis berkata mereka diberitahu tentang kemalangan tersebut yang berlaku di persimpangan Corporation Road dan Jalan Ahmad Ibrahim pada 12.41 tengah hari.
Gambar-gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan penunggang motosikal itu terbaring di jalan raya di depan sebuah bas Tower Transit.
Menurut laporan The Straits Times, penunggang berusia 59 tahun itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) di mana beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Siasatan polis sedang dijalankan.