Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Setempat0

Penunggang motosikal terkorban di Tuas, pemandu lori bantu polis dalam siasatan 

Jul 08, 2019 | 08:05 AM

SEORANG penunggang motosikal berusia 64 tahun terkorban selepas satu kemalangan melibatkan sebuah lori di Tuas pada Sabtu lalu (6 Julai).

Polis diberitahu mengenai kemalangan itu yang berlaku di simpang Gul Crescent dengan Gul Lane pada 5.35 petang.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian, sementara pemboncengnya, seorang lelaki berusia 53 tahun, tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Seorang pemandu lori berusia 25 tahun sedang membantu polis dalam siasatan.

Seorang saksi memberitahu akhbar Cina, Shin Min Daily News, bahawa pemandu lori itu kelihatan terkejut apabila keluar dari kenderaannya.

Berita Popular

Pemandu itu tidak cedera tetapi penunggang motosikal yang terkorban dapat dilihat tercampak akibat kesan kemalangan itu.
 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map