PEKERJA penghantaran makanan Foodpanda yang cedera dalam satu kemalangan jalan raya pada Khamis lalu telah selamat menjalani pembedahan pada tulang pahanya yang patah dan dijangka dibenarkan pulang hari ini.
Encik Muhammad Noor Hidayat Mohd Latiff, 27 tahun, baru selesai syif pertama pada 2 petang dan sedang dalam perjalanan menemui tunangnya untuk makan tengah hari apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah kereta.