Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penunggang skuter elektrik didenda langgar pejalan kaki

Mar 19, 2019 | 06:17 PM



SEORANG pejalan kaki cedera kaki kirinya selepas sebuah skuter elektrik (e-skuter) merempuhnya semasa beliau melangkah keluar pintu sisi sebuah kondominium.



Penunggang itu, Burganoodeen Mohamed Mohideen, 23 tahun, didenda $2,000 hari ini (19 Mac) kerana mencederakan Cik Betty Chua Siew Kiang dengan menunggang alat itu secara cuai.



Cik Chua, 37 tahun, seorang pengurus pentadbiran, sedang keluar melalui pintu sisi kondominium Forestville di Woodlands Avenue 5 sekitar 9.45 pagi pada 21 Mei lalu apabila sebuah e-skuter itu melanggarnya.



Timbalan pendakwa raya Tan Hsiao Tien memberitahu Hakim Daerah Hamidah Ibrahim bahawa Cik Chua mengalami rasa sakit pada kaki kirinya selepas kejadian itu.



Mahkamah diberitahu bahawa kaki kirinya lebam tetapi tiada keretakan.



Beliau membuat laporan polis pada malam kejadian.



Kerana menyebabkan kesakitan dengan kelakuan cuai, Burganoodeen boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $2,500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >