Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penuntut perubatan NUS mula berbakti

Sep 12, 2018 | 05:30 AM



MEMILIH melakukan kerja sukarela dalam Khidmat Kesihatan Kejiranan (NHS) bukanlah pilihan yang sukar bagi Encik Sheikh Izzat Zainal-Abidin Bahajjaj.



Malah mahasiswa tahun kedua di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS) memilih menyertai NHS buat dua tahun berturut-turut.



"Saya rasa NHS memenuhi keperluan golongan sasaran yang betul, ia membantu mereka yang memerlukan," kata Encik Izzat, 20 tahun.



NHS merupakan program pemeriksaan kesihatan bagi penduduk di flat-flat sewa yang dijalankan pelajar dalam bidang kesihatan.



Diadakan buat kali ke-12 tahun ini sejak dilancarkan pada 2007, NHS merupakan inisiatif yang diketuai mahasiswa bidang perubatan NUS.



Tahun ini, NHS menjalankan pemeriksaan kesihatan bagi penduduk di kawasan Kampong Glam dan Queenstown (Leng Kee).



Pemeriksaan kesihatan telah pun dilakukan di Kampong Glam pada 8 dan 9 September lalu, sementara pemeriksaan kesihatan di Queenstown akan dilakukan pada 6 dan 7 Oktober ini.



Pemeriksaan tersebut termasuk bagi penyakit kronik seperti kencing manis, kolesterol tinggi dan darah tinggi serta pemeriksaan kesihatan mulut, mata dan pendengaran.



Seramai 390 relawan, dengan sokongan dan kerjasama Sistem Kesihatan Serantau, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), telah melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas 508 penduduk di Kampong Glam.



Pemeriksaan tahun ini menyatukan lima program pemeriksaan - pemeriksaan penyakit kronik SingHealth dan Kumpulan Kesihatan Nasional (NHG), pemeriksaan mulut dan mata Pusat Pergigian Nasional Singapura dan Institut Kajian Mata Singapura, program pencegahan kejatuhan masyarakat SingHealth serta pemeriksaan barah oleh Persatuan Barah Singapura.



Kali ini NHS turut menambah pemeriksaan kesihatan mental seperti dimensia, menurut Encik Izzat yang juga merupakan anggota jawatankuasa pengurusan sukarelawan NHS.



Ini dilakukan untuk menambah nilai pada pemeriksaan yang dilakukan serta memberi manfaat kepada para penduduk, tambahnya.



Beliau menjelaskan bahawa pengalaman membantu mereka yang memerlukan merupakan pengalaman yang memuaskan.



Ramai di kalangan warga emas atau mereka yang berpendapatan rendah sering tidak tahu di mana atau bagaimana mereka boleh mendapatkan rawatan.



"Kadang kala bukan mereka tidak mahu mendapatkan rawatan, tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka sebenarnya boleh mendapatkan bantuan (kewangan).



"Jadi kami akan jelaskan dan mereka amat berterima kasih dan bersyukur," jelas beliau lagi.



Encik Izzat berkata sebagai anak Melayu, beliau mempunyai kelebihan dari segi pemahaman bahasa dan kebiasaan masyarakat Melayu/ Islam yang membentuk ramai penduduk di daerah Kampong Glam.



Di samping Kampong Glam dan Queenstown, para relawan seperti beliau juga akan melakukan pemeriksaan susulan ke atas penduduk yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan semasa NHS pada tahun-tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >