Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penutupan jalan raya di Kampong Glam disambung semula

Jul 22, 2022 | 12:40 PM



JALAN raya di sekitar Bussorah Street dan Baghdad Street akan ditutup semula pada setiap hujung minggu, sementara Haji Lane dan Bali Lane pula akan ditutup sepanjang minggu, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Ini akan membenarkan kegiatan yang dirancang untuk berlangsung demi menggalak keselamatan awam serta sikap kejiranan yang baik juga di sekitar jalan raya terjejas, tambah Dr Faishal.



Menyatakan demikian dalam catatannya hari ini (22 Julai), Dr Faishal berkata penutupan jalan raya sudah menjadi ciri yang biasa dilihat di Kampong Glam untuk bertahun lamanya.



Katanya, ini membenarkan kegiatan perniagaan, budaya dan masyarakat dianjurkan di jalan-jalan raya ini, dan membenarkan pelawat dari semua peringkat usia untuk berjalan bebas sementara meneroka kawasan tersebut - justeru menambah kerancakan dan tarikan Kampong Glam.



"Namun menyusuli pandemik Covid-19, agensi-agensi telah menangguhkan penutupan jalan raya di zon-zon bebas kereta di Kampong Glam, Circular Road dan Liang Seah Street pada March 2020.



"Dengan kelonggaran langkah pengurusan keselamatan sejak beberapa bulan lalu, kami fikir sudah tiba masanya menyemaknya semula.



"Para pemegang taruhan telah bekerja untuk hasilkan rancangan dengan bimbingan daripada pihak agensi bagi menyambung semula penutupan jalan raya, dan memastikan ia dijalankan dengan bernas dan selamat.



"Ramai individu, perniagaan dan kumpulan seperti One Kampong Gelam (OKG) dan Kampong Gelam Alliance berbual dengan saya tentang harapan mereka bagi Kampong Glam untuk terus mekar sebagai sebuah tempat yang inklusif dan dinamik untuk semua



"Mereka juga nyatakan pada saya bahawa penutupan jalan raya merupakan satu cara baik untuk membenarkan kegiatan menarik untuk dihasilkan di kawasan itu untuk dinikmati orang ramai," katanya.



Di Baghdad Street dan Bussorah Street, penutupan akan berlaku setiap Jumaat antara 3 petang hingga 1 pagi keesokan harinya, sementara pada Sabtu, Ahad, sehari sebelum cuti umum dan pada cuti umum, ia ditutup mulai 12 tengah hari hingga 1 pagi.



Di Haji Lane dan Bali Lane, penutupan dilakukan dari Isnin hingga Jumaat antara 3 petang dengan 1 pagi, sementara pada Sabtu, Ahad, sehari sebelum cuti umum dan pada cuti umum antara 12 tengah hari dengan 1 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >