Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penutupan kelompok jangkitan MINDSVILLE: Masagos hargai usaha kekang jangkitan, lindungi golongan kurang upaya

Jul 05, 2021 | 10:52 PM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memberi pujian kepada pasukan di rumah pemulihan dan jagaan golongan kurang upaya, MINDSville@Napiri, kerana memberi khidmat dan jagaan sebaiknya buat penduduk rumah itu yang dikuarantin setelah kelompok jangkitan Covid-19 terbentuk di situ.



Encik Masagos mencatat penghargaannya di Facebook pada Isnin malam (5 Julai) setelah Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan penutupan kelompok MINDSville itu setelah tiada lagi kes dikesan dalam dua tempoh inkubasi atau 28 hari.



"Sebulan yang lalu merupakan tempoh mencabar buat MINDS sejak pengesahan kes pertama pada 31 Mei 2021. Saya memuji pasukan di MINDSville yang bersatu-padu dan terus memberi khidmat dan menjaga penduduk di dalam tempoh kuarantin di pusat ini.



"Dalam tempoh ini, MINDS bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan agensi buat golongan kurang upaya SG Enable bagi mengurus keadaan dan membantu mereka yang dikuarantin di MINDSville. 



"Kakitangan daripada pusat MINDS serta Persatuan Palang Merah Singapura dan Thye Hua Kwan Moral Society juga memberi bantuan tambahan bagi memastikan penduduk MINDSville akan terus dijaga dengan baik dalam tempoh kuarantin.



"Kami juga berterima kasih di atas sokongan dan nasihat yang datang tepat pada masanya daripada Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit, Hospital Tan Tock Seng dan Agensi Jagaan Bersepadu.



"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Agensi Khidmat Sosial dan pertubuhan jagaan kesihatan kerana tampil menyokong MINDS dalam tempoh sukar ini serta MINDS sendiri kerana bekerja tangkas bagi mengekang penularan virus ini.



"Kesemua 33 kes melibatkan penduduk dan kakitangan rumah jagaan ini; langkah mengekang berjalan dengan baik dan tiada lagi penularan lanjutan di peringkat masyarakat secara meluas," tambah Encik Masagos.



Menurutnya lagi, kejadian itu menunjukkan vaksinasi membantu. Daripada 33 kes yang positif Covid-19, hanya tiga orang sahaja menunjukkan tanda jangkitan sebelum ujian swab dengan tiga yang lain menampakkan tanda jangkitan selepas itu setelah langkah diambil bagi meletakkan mereka dalam perintah kuarantin.



"Ujian swab yang proaktif sejurus kes pertama dikesan membolehkan kami bergerak pantas mengekang penularan yang berpotensi berlaku. Kadar tanda jangkitan yang rendah agak dijangka kerana kadar vaksinasi yang tinggi dalam kalangan kakitangan dan penduduk di Rumah Golongan Dewasa Kurang Upaya - semua kecuali empat daripada 33 kes ini sudah menjalani vaksinasi dengan tiada kes yang menampakkan tanda jangkitan yang menunjukkan tanda mereka memerlukan jagaan rapi.



"Saya berharap anda akan mendapatkan vaksinasi jika belum," pesan Encik Masagos.



Beliau yang juga Menteri Kedua Kesihatan turut memberi penghargaan buat rakan di MOH kerana tampil bekerjasama dengan sukarelawan bagi memastikan operasi kuarantin dan ujian swab berjalan lancar buat klien MINDS dan golongan pengasuh yang dikuarantin.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >