Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penutupan masjid: Masyarakat harus sedia jika masjid terus ditutup hingga Ramadan

Mar 24, 2020 | 07:58 PM



MASYARAKAT Islam harus bersedia bagi semua senario sekiranya masjid terus ditutup buat jangka masa yang lama, termasuk sehingga Ramadan, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dalam satu sidang media di bangunan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) hari ini (24 Mac).



“Kita perlu bersedia bagi semua senario, sama ada penutupan jangka masa panjang yang berlanjutan atau penutupan untuk jangka masa pendek.



“Apa yang penting adalah bagi kami mempersiapkan masyarakat untuk menyesuaikan diri mereka dalam keadaan yang sedang berubah ini.



“Jika ia berlanjutan hingga ke Ramadan, tentunya Ramadan akan terasa kelainannya kerana kita sudah terbiasa dengan Ramadan yang tertumpu pada masjid-masjid kita, seperti berbuka puasa, solat terawih dan sebagainya,” kata beliau.



Namun begitu, Dr Nazirudin berkata penutupan masjid itu tidak seharusnya melemahkan kerohanian umat Islam yang tidak dapat beribadah di masjid.



Sekiranya penutupan masjid itu berlarutan hingga Ramadan, keluarga juga boleh terus melakukan solat berjemaah di rumah dan berbuka puasa bersama.



“Kami telah menekankan beberapa kali bahawa apabila kita menyesuaikan diri, apabila kita memanfaatkan peluang baru, walaupun dalam keadaan berbeza, untuk terus menjadi Muslim yang baik, itu adalah satu sumbangan yang amat penting.



“Pada masa yang sama, kita juga melindungi diri kita dan masyarakat daripada kemudaratan dan bahaya,” ujar beliau.



Adalah tidak pasti berapa lama masjid-masjid di sini akan terus ditutup, namun Dr Nazirudin berkata pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan terus memantau keadaan.



Menurutnya, langkah yang wajar sekarang adalah untuk terus menutup masjid sehingga keadaan bertambah baik dan adalah selamat untuk melakukan demikian seperti dinasihati Kementerian Kesihatan (MOH).



Beliau menambah bahawa masyarakat juga harus membiasakan diri mereka dengan langkah berjaga-jaga yang perlu, seperti mengamalkan penjarakan selamat, membawa sejadah sendiri dan sebagainya.



Tekan Dr Nazirudin, ini adalah amat penting kerana masyarakat digalak supaya terus beribadah dalam cara yang bertanggungjawab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >