Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penutupan pasar Chong Pang turut jejas peniaga berdekatan

Aug 06, 2021 | 05:30 AM



KESAN penutupan dua minggu bagi kerja-kerja pembersihan untuk mengekang penularan Covid-19 di pasar Chong Pang dirasakan bukan hanya oleh pegerai di pasar tersebut, bahkan perniagaan di sekitarnya.



Antaranya ialah gerai makanan di Pusat Makanan Chong Pang.



Ditemui Berita Harian (BH) semalam, beberapa perniagaan ini berkata mereka telah kehilangan pendapatan sebanyak 50 peratus semasa tempoh tersebut.



Malah, keadaan itu diburukkan lagi kerana orang ramai tidak dibenarkan menjamu selera di luar disebabkan sekatan Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



Menurut pekerja gerai Super Penyet di Pusat Makanan dan Pasar Chong Pang, Encik Hamzah Mohamed, ramai pelanggannya salah faham bahawa gerai itu telah tutup dua minggu.



Katanya, meskipun pasar itu tutup, gerai tersebut sebenarnya masih beroperasi setiap hari.



"Boleh katakan kami beroperasi dengan kerugian semasa dua minggu.



"Ramai fikir jika pasar itu tutup, pusat penjaja di sini juga tutup.



"Apabila ini terjadi, mereka rasa mungkin buang masa untuk datang jika semua tempat di sini tidak beroperasi.



"Tetapi sekarang Alhamdulillah dengan pembukaan semula pasar ini, kita pun melihat pelanggan yang singgah ke sini untuk beli makan," kata beliau sambil menambah mereka telah kehilangan 50 peratus pendapatan.



Cik Kamiraih Kamis, 75 tahun, pekerja gerai Haji Ali Cooked Food yang menjual makanan seperti mi siam, mi rebus dan nasi lemak, berkata disebabkan tidak ramai pelanggan, mereka terpaksa membuang makanan berlebihan.



Semalam sahaja mereka terpaksa membuang tiga kilogram mi kuning yang tidak terjual.



"Kita tidak boleh lakukan apa-apa.



"Memang beberapa hari kebelakangan ini keadaan semakin baik tetapi saya rasa masih terdapat banyak pembaziran dalam makanan yang tidak dapat dijual.



"Sekarang pun kita kurangkan tempahan bahan-bahan seperti kacang panjang, mi, tahu dan lain-lain lagi," katanya.



Menurutnya, beliau telah melihat lebih ramai pelanggan yang datang selepas 10 pagi untuk membeli sarapan.



Tinjauan BH di pusat penjaja itu mendapati pelanggan yang ke sana harus mendaftar masuk dan keluar dengan menggunakan aplikasi atau token TraceTogether.



Pasar dan Pusat Makanan Chong Pang juga telah dipagar dan hanya boleh masuk dan keluar dari satu tempat.



Encik S.Raamesh, 51 tahun, pemilik gerai ASM Frozen Food di pasar Chong Pang berkata beliau terpaksa menutup gerainya semasa tempoh Hari Raya Haji ketika penjualan seharusnya memuncak.



Katanya, semasa tempoh itu beliau selalunya melihat peningkatan penjualan sebanyak 200 hingga 300 peratus.



"Ini kali pertama saya ambil cuti rehat setelah berniaga selama 12 tahun di sini. Bukan mudah untuk kita sebagai peniaga untuk berehat.



"Pada hari pertama pasar dibuka kembali, memang saya jangkakan tidak ramai akan datang.



"Jadi saya hanya menempah satu pertiga daging dari jumlah daging yang saya selalunya tempah supaya tidak ada pembaziran," kata bapa dua orang anak itu.



Meskipun perniagaan kini tidak rancak, Encik Raamesh berkata beliau tetap percaya keadaan akan pulih kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >