Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Penutupan pelabuhan di Shanghai dijangka tidak jejas bekalan ke SG

May 10, 2022 | 05:30 AM



PENUTUPAN pelabuhan di Shanghai disebabkan Covid-19 dijangka tidak memberi kesan ketara kepada bekalan makanan penting dan barangan penjagaan kesihatan Singapura, kata Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, semalam.



Selain itu, pengilang di sini dapat mengatasi penangguhan dalam bekalan setakat ini, tambahnya.



Kebergantungan Singapura kepada China bagi mendapatkan bekalan penting adalah "agak rendah" dan bandar China di mana Singapura mengimport kebanyakan bekalan makanannya buat masa ini tidak diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi, kata Cik Low.



Pemerintah akan terus melaksanakan "pendekatan pelbagai serampang" melibatkan kepelbagaian import, penghasilan tempatan dan penyimpanan stok untuk mengurangkan kesan kepada bekalan, tambahnya.



Cik Low berkata demikian untuk menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja, Cik He Ting Ru, (GRC Sengkang) mengenai kesan sekatan Covid-19 di China terhadap rantaian bekalan dan kenaikan harga di Singapura.



Cik Low berkata kargo masih boleh berlepas dari pelabuhan Shanghai, dan jika perlu, diarahkan semula ke pelabuhan lain di China atau kaedah pengangkutan lain seperti udara.



Sejauh mana industri mengalami gangguan rantaian bekalan akan berbeza berdasarkan pergantungan mereka kepada bekalan import dari China dan perancangan kontingensi mereka, tambahnya.



Import utama Singapura dari China ialah elektronik, mesin dan logam - terutamanya barangan perantaraan yang diperlukan oleh syarikat dalam pengilangan dan pembinaan.



"Berdasarkan maklum balas daripada syarikat dalam sektor ini, kami memahami bahawa kebanyakan mereka telah dapat mengatasi penangguhan kiriman dari China setakat ini," kata Cik Low.



Rantaian bekalan sudah pun menghadapi tekanan akibat perang Russia di Ukraine. Tetapi sekatan pergerakan yang berterusan telah menyebabkan rantaian bekalan semakin tegang, dan mungkin memburukkan lagi tekanan inflasi global dalam jangka masa terdekat, katanya.



"Bagaimana ini akan berubah dalam jangka panjang akan bergantung pada skala dan tahap sekatan dan kesannya terhadap ekonomi China," ujar Cik Low.



Beliau menekankan bahawa pemerintah menghulurkan bantuan kepada perniagaan dengan keperluan aliran tunai dan membantu isi rumah berpendapatan rendah melalui ComCare, dan akan terus memantau keadaan dengan teliti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >