Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penutupan sementara stesen MRT Woodleigh kerana 'serbuk penaik'

Apr 18, 2017 | 05:30 PM



STESEN MRT Woodleigh yang ditutup sementara sekitar 1.25 petang tadi kerana penemuan bahan yang mencurigakan telah dibuka semula pada 4.20 petang tadi, menurut kenyataan polis di akaun Facebook mereka.



Hasil siasatan yang dijalankan pihak berkuasa, bahan itu disahkan sebagai tepung penaik.



Stesen MRT Woodleigh yang berada di Laluan Timur Laut (NEL) dikendalikan oleh syarikat SBS Transit dan kakitangan syarikat itu telah menemui bahan itu di stesen berkenaan.



Anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura yang bertanggungjawab menangani bahan-bahan merbahaya telah dikerahkan ke tempat kejadian.



SBS Transit mula memaklumkan tentang penutupan stesen MRT pada 1.49 petang, menyatakan adanya "insiden keselamatan".



Ia juga mengerahkan perkhidmatan bas percuma di perhentian bas antara stesen Serangoon dan Potong Pasir.



Polis yang memaklumkan perkembangan semasa sepanjang insiden tersebut menerusi akaun media sosial pula, telah menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi.



Anggota Parlimen bagi kawasan undi Potong Pasir, Encik Sitoh Yih Pin, turut berada di tempat kejadian.



Disebabkan hujan, sukarelawan akar umbi telah dikerahkan untuk memayungi pengguna pengangkutan awam yang turun bas di perhentian bas di stesen MRT itu.



Penutupan sementara stesen Woodleigh adalah serupa kejadian pada 2 April lalu, apabila stesen Hougang ditutup seketika kerana isu keselamatan menyusuli penemuan sebuah beg yang terbiar.



Seorang lelaki berusia 39 tahun telah diberkas atas kesalahan menganggu ketenteraman awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >